BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 2 June 2011

mari kita mengingati syurga

Assalamualaikum.

Hari ini saya mahu cerita tentang syurga.
Kita semua ingin masuk ke syurga, tetapi susah.
Kita kena buat apa yang Allah suka, dan tinggalkan apa yang Allah larang.

Walaupun saya masih kecik, tetapi kakak saya selalu menceritakan tentang syurga dan neraka kepada saya. Saya pernah menangis bila teringatkan neraka sebab saya tak mahu dibakar oleh api yang sangat panas.

Bila saya tinggalkan solat, saya akan sedih.
Bila saya teringatkan tentang diri saya yang suka ambil barang kawan, saya akan sedih.
Bila saya teringatkan tentang diri saya menipu (sikit-sikit), saya akan sedih.
Bila saya sembahyang main-main, saya akan sedih.

Sedih kerana saya tidak mahu rasakan azab kubur dan neraka.

Saya mahu masuk ke syurga.
Saya harap semua orang akan ada matlamat macam saya.

Mari jadi baik.
Ingat semula tujuan hidup kita.
Kata kakak saya, " Tujuan kita hidup adalah ibadah dan khalifah."

0 comments: