BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 21 June 2011

cinta Al-Quran

Assalamualaikum.

Hari ni Biba nak cerita tentang Al-Quran.
Tiap-tiap hari kita kena  baca Al-Quran.
Tapi Biba baru Iqra' 6, Biba nak cepat-cepat baca Al-Quran.




Al-Quran Allah bagi pada kita orang Islam.
Al-Quran ialah kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril.
Allah bagi nak suruh kita guna.
Untuk baca.

Untuk baca makna sekali (kakak kata : tadabbur).

Kita kena cinta pada Al-Quran.
Sebab Al-Quran banyak bagi pengajaran.


Inilah ayat-ayat Al-Quran  yang  mengandung hikmah, sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang berbuat kebaikan, (iaitu) orang-orang yang melaksanakan solat, menunaikan zakat dan mereka meyakini adanya akhirat. ( 31 : 2-4)
Al-Quran untuk hati-hati manusia.
Termasuk hati Biba sendiri.


Jadi, lepas ni kita tak boleh malas baca Al-Quran.
Kita kena rajin.

Kita kena rajin.
Kalau malas, kena baca jugak. (ayat Hadya)


Cikgu Biba kata kena peluk Al-Quran.
Peluk dengan tangan.
Peluk dengan hati.

0 comments: