BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 30 June 2011

minta maaf pada Allah

Assalamualaikum.

Biba sudah banyak buat dosa pada Allah dan kawan-kawan.
Biba tinggal solat.

Biba ejek kawan-kawan di sekolah.

Biba nak mintak maaf pada Allah. Petang tadi, Biba menangis depan kakak sebab Biba takut masuk neraka. Biba tanya, Allah maafkan tak dosa-dosa Biba walaupun dah banyak. Kakak jawab, Allah Maha Pemaaf. Allah akan terima kalau kita minta maaf.

Kita orang Islam kena selalu maaf pada Allah (kakak ajar : bertaubat).
Sebab Allah suka dan sayang pada orang yang selalu minta maaf.


Semua orang buat dosa macam Biba.
Sebab Biba manusia, dan semua orang pun manusia jugak macam Biba.
Jadi, kita WAJIB untuk minta maaf pada Allah.


Dan kalau kita buat salah pada manusia, kita pun kena mintak maaf juga.
Kalau kita ambil barang dia, kita pulang balik dan cakap, '' Saya mintak maaf kerana mengambil barang awak."



Kalau kita salah cakap pada orang, kita kena minta maaf.

Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa, (iaitu) orang yang berinfaq, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan,

(3 : 133-134)

Ayat Al-Quran ni kakak Biba yang ajar.
Kakak Biba suruh Biba fahamkan ayat ni betul-betul.

Biba sangat suka ayat-ayat Al-Quran sebab Allah yang bagi pada Biba dan untuk semua manusia.


Walaupun Biba baru Iqra' 6, tapi kakak Biba selalu ajar Biba ayat Al-Quran sekali maksudnya sekali.

Tuesday 21 June 2011

cinta Al-Quran

Assalamualaikum.

Hari ni Biba nak cerita tentang Al-Quran.
Tiap-tiap hari kita kena  baca Al-Quran.
Tapi Biba baru Iqra' 6, Biba nak cepat-cepat baca Al-Quran.




Al-Quran Allah bagi pada kita orang Islam.
Al-Quran ialah kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril.
Allah bagi nak suruh kita guna.
Untuk baca.

Untuk baca makna sekali (kakak kata : tadabbur).

Kita kena cinta pada Al-Quran.
Sebab Al-Quran banyak bagi pengajaran.


Inilah ayat-ayat Al-Quran  yang  mengandung hikmah, sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang berbuat kebaikan, (iaitu) orang-orang yang melaksanakan solat, menunaikan zakat dan mereka meyakini adanya akhirat. ( 31 : 2-4)
Al-Quran untuk hati-hati manusia.
Termasuk hati Biba sendiri.


Jadi, lepas ni kita tak boleh malas baca Al-Quran.
Kita kena rajin.

Kita kena rajin.
Kalau malas, kena baca jugak. (ayat Hadya)


Cikgu Biba kata kena peluk Al-Quran.
Peluk dengan tangan.
Peluk dengan hati.

Friday 10 June 2011

kita mesti rajin buat latihan

Assalamualaikum.

Cuti sekolah sudah hampir habis. Sebelum cuti, cikgu sekolah Biba beri banyak kerja sekolah. Jadi, Biba mesti rajin buat kerja sekolah. Sebab Allah sayang orang yang rajin berusaha terutama kalau dalam menuntut ilmu.

Menuntut ilmu, kata kakak, satu ibadah. Jadi, kita mestilah membuat kerja sekolah dengan rajin sampai siap. Sebab Biba nak dapat pahala melalui ibadah.

Kata kakak lagi, ibadah bukan sembahyang sahaja. Ibadah adalah semua perkara jika kita niatkan kerana Allah. Jadi. sebelum kita belajar dan buat kerja sekolah, kita niatkan kepada Allah. Supaya Allah memberkati kita dan meredhai kita.

Sebab itulah, bila kita buat ibadah kerana Allah, kita mesti bersungguh-sungguh. Kerja sekolah satu ibadah, jadi Biba kena siapkan.

“Sesungguhnya Allah SWT sangat menyukai hamba-Nya yang Mukmin dan berusaha”. (HR. Thabrani dan Baihaqi dari lbnu ‘Umar)
Jadi, kalau kita banyak kerja sekolah sekalipun, kita kena rajin dan berusaha untuk siapkan. Kita tak boleh malas sebab agama Islam tak suka orang yang malas.

Alhamdulillah, kerja sekolah Biba sudah siap. Kakak pun toolong jugak. Semua mata pelajaran ada. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Agama, dan Bahasa Arab.


*Hadis ni, kakak Biba yang tolong carikan

Saturday 4 June 2011

saya takut neraka

Assalamualaikum.

Hari ni Biba nak cerite tentang neraka. Biba takut masuk neraka. Sebab api neraka sangat panas. Kalau Biba masuk neraka kena makan buah zaqqum (buah berduri kakak cakap). Minum nanah dengan darah.

Biba tak nak. Biba nak masuk syurga. Nak makan sedap-sedap. Minum air yang sedap. Dulu, kakak Biba pernah ajar Biba satu surah dalam Al-Quran cerite tentang neraka.

Sungguh, ( neraka ) Jahannam itu (sebagai ) tempat mengintai ( bagi penjaga yang mengawasi isi neraka), menjadi tempat kembali bagi orang-orang yang melampaui batas, mereka tinggal di sana dalam masa yang lama, mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman, selain air yang mendidih dan nanah, sebagai pembalasan yang setimpal. ( 78 : 21-26 )

Biba sangat takut. Kalau tinggal sembahyang Biba rasa sangat sedih. Sebab Biba tahu Allah tak suka orang yang tak sembahyang.

Biba sedih sebab Biba susah sangat bangun subuh. Doakan Biba ye. Supaya lebih rajin bangun subuh.

 

Friday 3 June 2011

kita tak boleh ejek orang

Assalamualaikum.


Hari ni biba nak bercerita tentang kawan-kawan di sekolah. Kawan-kawan biba suka panggil habiba jadi hababi. Biasanya budak lelaki yang cakap macam tu. Biba sedih.

Bila balik sekolah, Biba akan bagitahu kakak. Kakak cakap, "  Biba kene bersabar."
Biba bersabar dan cakap alhamdulillah.

Tetapi kawan biba tetap ejek jugak. Dan Biba pun pernah panggil orang kasar. Bodoh, babi. Lepas tu, kakak marah. Kakak cakap tak baik panggil orang macam tu, Allah ada cakap dalam Al-Quran.

Sekejap tadi, kakak pun tunjuk ayat tu.

........Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


Ayat ini dari surah Al-Hujurat, ayat 11. Biba sedih. Sebab Allah tak bagi ejek orang. Lagi-lagi, untuk orang Islam dan beriman macam kita.

Lepas ni, Biba nak baiki sikap Biba. Biba nak cakap baik-baik je.
Biba nak masuk syurga, jadi Biba kena jadi baik.
Nak jadi orang Islam yang baik.

 

Thursday 2 June 2011

mari kita mengingati syurga

Assalamualaikum.

Hari ini saya mahu cerita tentang syurga.
Kita semua ingin masuk ke syurga, tetapi susah.
Kita kena buat apa yang Allah suka, dan tinggalkan apa yang Allah larang.

Walaupun saya masih kecik, tetapi kakak saya selalu menceritakan tentang syurga dan neraka kepada saya. Saya pernah menangis bila teringatkan neraka sebab saya tak mahu dibakar oleh api yang sangat panas.

Bila saya tinggalkan solat, saya akan sedih.
Bila saya teringatkan tentang diri saya yang suka ambil barang kawan, saya akan sedih.
Bila saya teringatkan tentang diri saya menipu (sikit-sikit), saya akan sedih.
Bila saya sembahyang main-main, saya akan sedih.

Sedih kerana saya tidak mahu rasakan azab kubur dan neraka.

Saya mahu masuk ke syurga.
Saya harap semua orang akan ada matlamat macam saya.

Mari jadi baik.
Ingat semula tujuan hidup kita.
Kata kakak saya, " Tujuan kita hidup adalah ibadah dan khalifah."