BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 4 July 2011

keputusan peperiksaan saya

Assalamualaikum.

Hari ni Biba nak cerita tentang keputusan peperiksaan Biba .

Bahasa Melayu Pemahaman- 93%
Bahasa Melayu Penulisan - 92%
Pendidikan Islam- 87%
Matematik -83%
Pendidikan Jasmani -83%

Bersyukur kerana Allah bagi keputusan yang bagus. Tapi Biba kena terus berusaha lagi.
Dan kita kena yakin bahawa Allah melihat usaha kita.

Kalau kita pilih untuk jadi seorang yang rajin, kita yang untung.
Kalau kita pilih untuk jadi malas, kita yang rugi.

Sebab tu, Biba pilih untuk jadi rajin.

Biba tak kisah kalau keputusan tak cemerlang, janji Biba sudah berusaha.
Terus berusaha dan berdoa kepada Allah.

kata kakak, ' Jangan samakan usaha dan keputusan. Sebab takde kaitan.'

Dan bila kita berusaha, mesti usaha bersungguh-sungguh.
Contohnya, dalam kelas tumpukan perhatian.
Dengar cakap cikgu.
Rajin buat kerja sekolah.
Mesti tolong cikgu dan kawan-kawan.