BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 30 March 2012

Allah Maha Penyayang

Assallammualaikum


Biba nak cerita tentang Allah . Allah maha penyanyang dan sangat sayang akan manusia yang taat padanya. Biba pun nak taat,rajin solat,rajin buat latihan,solat lima waktu sehari semalam. Biba nak sangat solat tapi biba malas ,biba sangat sedih, kawan2 biba kat sekolah selalu solat . Biba nak macam diarang buat,mesti Allah sayang dia. Biba kadang2 je solat, Allah suka manusia solat setiap hari sampai hari kiamat . Allah sayang manusia tetapi Allah tak suka lah manusia ni berperangai buruk . Biba pun nak cube solat , lepastu biba mahu ulang kaji pelajaran . Sebab biba banyak dapat B dalam peperiksaan dengan biba dapat nombor 18.



Sampai di sini sahaja ya , sebab biba nak cuba solat dan ulang kaji . InsyaAllah dapat bercerita lagi dengan kawan2 . Selamat tinggal ya

Wednesday 25 January 2012

Mari belajar solat

Assallammualaikum


Biba nak belajar solat tetapi tidak boleh . Biba selalu macam tu kawan biba pula belajar solat dari tahun satu lagi. Biba nak jadi macam diaorang , Allah sangat suka pada orang yang rajin solat . Biba pun nak juga Allah suka kat Biba , Biba nak masuk syurga , Biba dapatlah pengajaran dan apa yang Biba pelajari sebelum ini . Semua pun kenalah jadi macam yang Allah suruh ya, Biba nak ingatkan saja. Biba nak rasa macam mana Biba nak masuk syurga kan . Biba nak jadi seorang yang baik dan rajin. Biba harap pun semua orang baca blog Biba ni dengan tenang . Biba harap pun kakak Biba pun yang baca.


Sampai disini sahaja ya, nanti Biba sambung kemudian. Biba pun nak chat dengan kawan ni , jumpa lagi ya

Mari kita sama - sama kumpul pahala

Assallammualaikum


Hari ni Biba nak cerita pasal kita kena kumpul pahala . Semua orang kena kumpul pahala kerana ramai orang nak sangat masuk syurga termasuk Biba . Biba nak jadi rajin dan seorang yang pandai sebab Allah suka orang yang rajin . Biba rasa nak sangat dapat pahala banyak, semua orang di dunia ni pun nak pahala . Allah suka orang yang jujur, rajin dan pandai .

Sampai di sini sahaja Biba cerita . Biba harap apa yang Biba tulis ni , Biba dapat pelajaran.