BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 10 June 2011

kita mesti rajin buat latihan

Assalamualaikum.

Cuti sekolah sudah hampir habis. Sebelum cuti, cikgu sekolah Biba beri banyak kerja sekolah. Jadi, Biba mesti rajin buat kerja sekolah. Sebab Allah sayang orang yang rajin berusaha terutama kalau dalam menuntut ilmu.

Menuntut ilmu, kata kakak, satu ibadah. Jadi, kita mestilah membuat kerja sekolah dengan rajin sampai siap. Sebab Biba nak dapat pahala melalui ibadah.

Kata kakak lagi, ibadah bukan sembahyang sahaja. Ibadah adalah semua perkara jika kita niatkan kerana Allah. Jadi. sebelum kita belajar dan buat kerja sekolah, kita niatkan kepada Allah. Supaya Allah memberkati kita dan meredhai kita.

Sebab itulah, bila kita buat ibadah kerana Allah, kita mesti bersungguh-sungguh. Kerja sekolah satu ibadah, jadi Biba kena siapkan.

“Sesungguhnya Allah SWT sangat menyukai hamba-Nya yang Mukmin dan berusaha”. (HR. Thabrani dan Baihaqi dari lbnu ‘Umar)
Jadi, kalau kita banyak kerja sekolah sekalipun, kita kena rajin dan berusaha untuk siapkan. Kita tak boleh malas sebab agama Islam tak suka orang yang malas.

Alhamdulillah, kerja sekolah Biba sudah siap. Kakak pun toolong jugak. Semua mata pelajaran ada. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Agama, dan Bahasa Arab.


*Hadis ni, kakak Biba yang tolong carikan

0 comments: