BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 30 March 2012

Allah Maha Penyayang

Assallammualaikum


Biba nak cerita tentang Allah . Allah maha penyanyang dan sangat sayang akan manusia yang taat padanya. Biba pun nak taat,rajin solat,rajin buat latihan,solat lima waktu sehari semalam. Biba nak sangat solat tapi biba malas ,biba sangat sedih, kawan2 biba kat sekolah selalu solat . Biba nak macam diarang buat,mesti Allah sayang dia. Biba kadang2 je solat, Allah suka manusia solat setiap hari sampai hari kiamat . Allah sayang manusia tetapi Allah tak suka lah manusia ni berperangai buruk . Biba pun nak cube solat , lepastu biba mahu ulang kaji pelajaran . Sebab biba banyak dapat B dalam peperiksaan dengan biba dapat nombor 18.



Sampai di sini sahaja ya , sebab biba nak cuba solat dan ulang kaji . InsyaAllah dapat bercerita lagi dengan kawan2 . Selamat tinggal ya

Wednesday 25 January 2012

Mari belajar solat

Assallammualaikum


Biba nak belajar solat tetapi tidak boleh . Biba selalu macam tu kawan biba pula belajar solat dari tahun satu lagi. Biba nak jadi macam diaorang , Allah sangat suka pada orang yang rajin solat . Biba pun nak juga Allah suka kat Biba , Biba nak masuk syurga , Biba dapatlah pengajaran dan apa yang Biba pelajari sebelum ini . Semua pun kenalah jadi macam yang Allah suruh ya, Biba nak ingatkan saja. Biba nak rasa macam mana Biba nak masuk syurga kan . Biba nak jadi seorang yang baik dan rajin. Biba harap pun semua orang baca blog Biba ni dengan tenang . Biba harap pun kakak Biba pun yang baca.


Sampai disini sahaja ya, nanti Biba sambung kemudian. Biba pun nak chat dengan kawan ni , jumpa lagi ya

Mari kita sama - sama kumpul pahala

Assallammualaikum


Hari ni Biba nak cerita pasal kita kena kumpul pahala . Semua orang kena kumpul pahala kerana ramai orang nak sangat masuk syurga termasuk Biba . Biba nak jadi rajin dan seorang yang pandai sebab Allah suka orang yang rajin . Biba rasa nak sangat dapat pahala banyak, semua orang di dunia ni pun nak pahala . Allah suka orang yang jujur, rajin dan pandai .

Sampai di sini sahaja Biba cerita . Biba harap apa yang Biba tulis ni , Biba dapat pelajaran.

Monday 4 July 2011

keputusan peperiksaan saya

Assalamualaikum.

Hari ni Biba nak cerita tentang keputusan peperiksaan Biba .

Bahasa Melayu Pemahaman- 93%
Bahasa Melayu Penulisan - 92%
Pendidikan Islam- 87%
Matematik -83%
Pendidikan Jasmani -83%

Bersyukur kerana Allah bagi keputusan yang bagus. Tapi Biba kena terus berusaha lagi.
Dan kita kena yakin bahawa Allah melihat usaha kita.

Kalau kita pilih untuk jadi seorang yang rajin, kita yang untung.
Kalau kita pilih untuk jadi malas, kita yang rugi.

Sebab tu, Biba pilih untuk jadi rajin.

Biba tak kisah kalau keputusan tak cemerlang, janji Biba sudah berusaha.
Terus berusaha dan berdoa kepada Allah.

kata kakak, ' Jangan samakan usaha dan keputusan. Sebab takde kaitan.'

Dan bila kita berusaha, mesti usaha bersungguh-sungguh.
Contohnya, dalam kelas tumpukan perhatian.
Dengar cakap cikgu.
Rajin buat kerja sekolah.
Mesti tolong cikgu dan kawan-kawan.

Thursday 30 June 2011

minta maaf pada Allah

Assalamualaikum.

Biba sudah banyak buat dosa pada Allah dan kawan-kawan.
Biba tinggal solat.

Biba ejek kawan-kawan di sekolah.

Biba nak mintak maaf pada Allah. Petang tadi, Biba menangis depan kakak sebab Biba takut masuk neraka. Biba tanya, Allah maafkan tak dosa-dosa Biba walaupun dah banyak. Kakak jawab, Allah Maha Pemaaf. Allah akan terima kalau kita minta maaf.

Kita orang Islam kena selalu maaf pada Allah (kakak ajar : bertaubat).
Sebab Allah suka dan sayang pada orang yang selalu minta maaf.


Semua orang buat dosa macam Biba.
Sebab Biba manusia, dan semua orang pun manusia jugak macam Biba.
Jadi, kita WAJIB untuk minta maaf pada Allah.


Dan kalau kita buat salah pada manusia, kita pun kena mintak maaf juga.
Kalau kita ambil barang dia, kita pulang balik dan cakap, '' Saya mintak maaf kerana mengambil barang awak."



Kalau kita salah cakap pada orang, kita kena minta maaf.

Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa, (iaitu) orang yang berinfaq, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan,

(3 : 133-134)

Ayat Al-Quran ni kakak Biba yang ajar.
Kakak Biba suruh Biba fahamkan ayat ni betul-betul.

Biba sangat suka ayat-ayat Al-Quran sebab Allah yang bagi pada Biba dan untuk semua manusia.


Walaupun Biba baru Iqra' 6, tapi kakak Biba selalu ajar Biba ayat Al-Quran sekali maksudnya sekali.

Tuesday 21 June 2011

cinta Al-Quran

Assalamualaikum.

Hari ni Biba nak cerita tentang Al-Quran.
Tiap-tiap hari kita kena  baca Al-Quran.
Tapi Biba baru Iqra' 6, Biba nak cepat-cepat baca Al-Quran.




Al-Quran Allah bagi pada kita orang Islam.
Al-Quran ialah kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril.
Allah bagi nak suruh kita guna.
Untuk baca.

Untuk baca makna sekali (kakak kata : tadabbur).

Kita kena cinta pada Al-Quran.
Sebab Al-Quran banyak bagi pengajaran.


Inilah ayat-ayat Al-Quran  yang  mengandung hikmah, sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang berbuat kebaikan, (iaitu) orang-orang yang melaksanakan solat, menunaikan zakat dan mereka meyakini adanya akhirat. ( 31 : 2-4)
Al-Quran untuk hati-hati manusia.
Termasuk hati Biba sendiri.


Jadi, lepas ni kita tak boleh malas baca Al-Quran.
Kita kena rajin.

Kita kena rajin.
Kalau malas, kena baca jugak. (ayat Hadya)


Cikgu Biba kata kena peluk Al-Quran.
Peluk dengan tangan.
Peluk dengan hati.

Friday 10 June 2011

kita mesti rajin buat latihan

Assalamualaikum.

Cuti sekolah sudah hampir habis. Sebelum cuti, cikgu sekolah Biba beri banyak kerja sekolah. Jadi, Biba mesti rajin buat kerja sekolah. Sebab Allah sayang orang yang rajin berusaha terutama kalau dalam menuntut ilmu.

Menuntut ilmu, kata kakak, satu ibadah. Jadi, kita mestilah membuat kerja sekolah dengan rajin sampai siap. Sebab Biba nak dapat pahala melalui ibadah.

Kata kakak lagi, ibadah bukan sembahyang sahaja. Ibadah adalah semua perkara jika kita niatkan kerana Allah. Jadi. sebelum kita belajar dan buat kerja sekolah, kita niatkan kepada Allah. Supaya Allah memberkati kita dan meredhai kita.

Sebab itulah, bila kita buat ibadah kerana Allah, kita mesti bersungguh-sungguh. Kerja sekolah satu ibadah, jadi Biba kena siapkan.

“Sesungguhnya Allah SWT sangat menyukai hamba-Nya yang Mukmin dan berusaha”. (HR. Thabrani dan Baihaqi dari lbnu ‘Umar)
Jadi, kalau kita banyak kerja sekolah sekalipun, kita kena rajin dan berusaha untuk siapkan. Kita tak boleh malas sebab agama Islam tak suka orang yang malas.

Alhamdulillah, kerja sekolah Biba sudah siap. Kakak pun toolong jugak. Semua mata pelajaran ada. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Agama, dan Bahasa Arab.


*Hadis ni, kakak Biba yang tolong carikan